Teddy Sinclair

 Natalia Noemi "Teddy" Sinclair ( née Cappuccini ; lahir 15 Ogos 1986), [1] merupakan seorang penyanyi, penulis lagu dan pelakon Inggeris. [2] [3] [4] Beliau telah merakam muzik di bawah pelbagai nama dan yang paling terkenal sebagai Natalia Kills serta Verbalicious . Beliau kini merupakan vokalis utama kumpulan Cruel Youth, yang turut mengeluarkan muzik di bawah nama The Powder Room.Sebagai Natalia Kills, Sinclair mengeluarkan album studio Perfectionist (2011) dan Trouble (2013). Pada tahun 2014, beliau berkahwin dengan penyanyi Willy Moon . Sejak Julai 2015, Sinclair telah menggunakan nama Teddy Sinclair. [5] Pada tahun 2016, beliau telah memulakan kugirannya sendiri, Cruel Youth, dengan mengeluarkan EP, +30mg (2016).Single komersil terbesarnya ialah "Mirrors" (2010), "Free" berkolaborasi dengan Will.i.am, dan hit 40 teratas UK, " Champagne Showers " dengan duo pop Amerika LMFAO . Beliau juga telah menulis lagu untuk Angel Haze, Madonna, dan Rihanna . Beliau pernah menerima pencalonan Anugerah Grammy pada 2017 sebagai penulis bersama bagi single Rihanna " Kiss It Better ".Pada Mac 2015, Sinclair dan suaminya, Willy Moon, telah dipecat sebagai juri bagi rancangan realiti nyanyian<i id="mwNQ">X Factor</i> (New Zealand) kerana komen keras mereka terhadap salah seorang peserta.

Rujukan

WikiPedia: Teddy Sinclair http://www.bbook.com/exclusive-natalia-kills-annou... http://www.digitalspy.com/music/interviews/a504478... http://www.gigwise.com/features/66884/Natalia-Kill... http://www.idolator.com/7481558/natalia-kills-trou... http://www.idolator.com/7599712/natalia-kills-tedd... http://lifeandtimes.com/natalia-kills-bad-girl-big... http://www.marieclaire.com/blog/natalia-kills-inte... http://www.mtv.com/news/articles/1652419/natalia-k... http://www.muumuse.com/2010/05/interview-with-nata... http://mvremix.com/rock_blogs/2011/05/natalia-kill...